I'm Back..

Lama da tak menulis dalam blog since bersalin..sibuk rasenye menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga..tak menang tangan dibuatnya..alhamdulillah ade umi membantu..ZAHIDA NAFISA da besar sekarang..da masuk 2 bulan..tembam berbanding dlu..hasil minum susu mama sepenuhnya..tapi ade gak bbrp kali die mnum susu formula..tu pun terpaksa..sekarang ni mmg fully breastfeeding ngan mama die. time mama pergi keje, mama bekalkan susu pam tuk Nafisa..sehari 5 botol..each bottle mama letakkan 3 oz susu yang dah dipam..alhamdulillah die blh mnum..kalo bg susu formula dlm botol, confirm die tolak2..xnak susu tu..xpela, da nak dkt cuti sekolah..blh la mama breastfeed Nafisa..xyah guna botol da..boleh duduk ngan papa kat umah kita..yeay..lama xjenguk rumah..kalo org bujang yang tggl, mmg harula umah..bese la tu..hahaha..sian papa & pak de Nafisa..
Best jadi mama..macam2 ragam baby Nafisa..dulu dalam pantang mama xcukup tdo..kadang-kadang  baby nak berjaga malam, terpaksala mama jaga skali..since mama da keje baby da x berjaga malam da..die bgn nk menyusu je..die faham mama die nak kena bgn awal, nak pergi keje..since lahir sampi sekarang baby Nafisa asyik kembong je..lagi satu die berak 4-5 hari skali..tu wat mama risau..tapi xpe kalo die mnum susu mama je..hehehe..okla nak bawa baby Nafisa pergi cucuk tuk baby 2 months..bye..jumpa lagi..

Thanks My Luvly Hubby..

Tak tau macam mana nak ucap terima kasih pada suami tercinta..Mungkin bagi org lain ia perkara biasa tapi pada aku setiap yang diberi,diucapkan & dilakukan oleh suami tercinta adalah perkara paling bermakna..Bukan bermaksud keluarga dah turun 2nd place..Keluarga tu da lain cerita la..Walau apa pun keluarga masih keutamaan..Tapi setiap wanita yang berkahwin, pasti suami dan anak-anak menjadi perkara paling penting dalam hidup selain keluarga besarnya..
Sejak berkahwin, suami yang menanggung aku..Aku tak bekerja jadi tak banyak yang dapat aku berikan cuma layanan sebagai seorang isteri je..Menjaga makan, minum dan pakainya je..Alhamdulillah, dia seorang suami yang bertolak-ansur dan bertimbang rasa..Setiap keperluanku disediakan..Kadangkala ada ketika melebihi keperluannya..Semakin hampir bergelar seorang bapa,semakin kulihat dia seorang yang bertanggungjawab..Disediakan segalanya untuk aku dan baby yang bakal lahir 20 September ni..Teringin juga menghadiahkan barang  untuknya tapi aku blum mampu lagi..Apa yang aku mampu hadiahkan adalah anak yang bakal lahir..Jika dimakbulkan Allah ingin aku menghadiahkan zuariat ini pada tanggal 11 September sempena ulangtahun kelahirannya..Moga Allah memakbulkan permintaanku..Amin..
Papa & Mama sentiasa menantikan kelahiranmu sayang..Kaulah yang menjadi pengikat cinta kami..(Da nak dekat pun nama blum finalize lg..hehehe)

Butter Cookies..

Petang tadi saje try wat butter cookies..Resepi dr internet..Nasib baik ade assistant 2 org..hehe..B4 berbuka, perap dlu adunan dalam peti sejuk..Pkul 8 baru start bakar..Semangat je wat bentuk2 ngan piping bag..last2, wat freestyle je..senang cite..malas nak tekan2 piping bag tu..Cepat siap..hahaha..tu makan masa 2 jam gak sbb awal2 tadi ngade sgt nak wat bentuk..hahaha..mcm2 bentuk try guna mcm2 novel..Nak upload gambr,xde port plak..nntla upload..Esok nak wat famous amos versi mudah n murah plak..da brapa kali wat da..mmg best..okla..da nak dkt pkul 12 am da..time 2 sleep..nnt mr hubby marah tdo lmbt..kalo ngan die xpe..hehehe..

24 Ramadhan

Hari ni dah 24 hari berpuasa..Alhamdulillah..Even pregnant dapat gak berpose..xyahla ganti taun ni kalo dapat pose full..best2..Cuma since 1st day, ble pkul 3pm ke atas dah terasa penat sgt..Msti tdo je la..Tapi kdg2 larat gak nak gi jalan2..hehe..
Tadi gi bazar ramadhan kat Mentakab..xde ape yg menarik..cuma bli kuih kole kacang, roti jala & murtabak..Tekak xbrapa sedap, jadi suma mcm xbest..Teringin nak makan popia basah n dodol yang best tapi xjumpa kat cni..Mana nak cari ni..nak suruh hubby, jauh la plak..huhu..Tiba-tiba tringat kat KL..Berbuka apa la agaknya eh..Smalam makan ayam penyet ngan Bob & Sopi eh..Hari ni apa la plak eh..Berbuka umah mama kot..
Okla..da pukul 7 pm..jap lg nak berbuka..hahaha..sempat lg nak ber'blog'..hehe..Selamat Berbuka..


Kuah Kacang Instant

 Ni la rupa kuah kacang instant..

Puasa da nak dekat.. xsampai sebulan pun..Pas puasa, raya plak..Mesti terbayang-bayang juadah hari raya kan..Sedapnya lemang, rendang ayam, rendang daging, soto, lontong, ketupat, kuah kacang, kuih-muih yang beraneka jenis..penuh 1 meja dengan makanan sampai nak letak pinggan tuk makan pun xde tempat..Last2 makan kat meja lain..Tak pun pegang je pinggan tu..Xpe asal perut terisi..Musim raya la paling banyak open house.. Hari ni open house kat umah mmber tu, esok mmber laen plak, lusa kat umah jiran..nnt kat tempat kerja plak..Pastu kat umah sendiri plak..Ha, mesti da malas buat kuah kacang..Apa kata try bli yang instant..senang, mudah, jimatkan masa..
Cara-cara menggunakannya:
1. Air panas + Kuah kacang kering = Kuah kacang (xyah panaskan atas api)
2. Air + Kuah kacang kering (dipanaskan atas api)  = Kuah kacang
(Kalau nak tambah serai & lada kering pun boleh.. Ikut selera masing-masing..My mom suka buat kuah kacang + daging/ayam..pergh,sedap..)

Bagi yang nak, boleh isi order form kat bawah skali eh..

200gm -  RM4
500gm - RM10
1 kg     - RM18

Harga tidak termasuk postage. Postage berdasarkan berat.


Trimester ke-3

Dari pembacaan saya, pada trimester terakhir iaitu trimester ke-3 (7 hingga 9 bln) ibu mengandung akan mengalami pelbagai situasi yang berbeza-beza bagi setiap individu. Secara fizikalnya, kita akan bertambah berat badan. Perut pun semakin membesar dan bayi di dalam rahim kita pun semakin membesar. Alhamdulillah, semoga sihat ibu dan bayi.
Dengan pertambahan berat badan, terdapat ibu- ibu yang mengalami bengkak kaki. Kurangkan pengambilan garam dan hindari dari duduk bersilang kaki serta jangan terlalu banyak berjalan. Pemakaian kasut yang sesuai juga membantu dan elakkan dari memakai kasut tumit tinggi yang akan memberi tekanan kepada tulang belakang.
Kejang kaki juga selalu berlaku pada ibu-ibu yang hamil. Jika kejang berlaku, duduk dengan melunjurkan kaki dan gerakkan jari-jari kaki menghala ke arah kita. Insya- allah kejang akan berkurangan. Kejang biasanya berlaku apabila peredaran darah tidak sempurna. Bersenam secara teratur boleh memperbaiki sistem peredaran darah. Hindari dari berdiri/ duduk terlalu lama. Elakkan memakai pakaian yang ketat. Seeloknya pakailah pakaian yang agak longgar kerana ini membantu ibu-ibu merasa selesa.
Kadangkala sesak nafas akan berlaku pada trimester terakhir. Ini kerana bayi semakin membesar di dalam kandungan. Duduklah dengan postur yang betul. Dengan cara meletakkan kedua-dua tangan diatas kepala juga membantu melegakan sesak nafas.
       Sembelit boleh berlaku jika kurang pengambilan air. Seelok-eloknya minumlah 8 gelas sehari. Amalkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Hindari pengambilan makanan berminyak.
       Pada trimester ini, ibu-ibu akan mengalami kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu. Ia kontraksi ringan tetapi akan berkurangan jika berehat. Apabila kontraksi menjadi semakin kerap dan lebih kuat, segeralah berjumpa doktor kerana mungkin anda akan melahirkan bayi anda..:)

myMetro | OHSS boleh bawa maut



OHSS adalah singkatan kepada sindrom ‘ovarian hyperstimulation’. Ia adalah komplikasi yang berlaku apabila ovari mengalami rangsangan berlebihan sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh wanita, malah ia boleh menyebabkan maut. 
OHSS boleh berlaku di kalangan wanita yang mengambil ubat kesuburan. OHSS lebih lazim berlaku di kalangan wanita yang menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) memandangkan ubat kesuburan yang digunakan adalah jenis suntikan gonadotrofin, dalam dos yang lebih tinggi dan untuk jangka masa yang lebih lama berbanding rawatan kesuburan bukan IVF.
Namun OHSS juga boleh disebabkan oleh pil kesuburan mengandungi bahan Clomiphene seperti yang anda tanyakan, cuma ia lebih jarang berlaku. Itulah sebabnya penting untuk wanita yang mengambil ubat kesuburan menjalani pemantauan kesannya.
Tiada cara lain untuk mengelakkan OHSS melainkan dengan tidak mengambil ubat kesuburan langsung. Pilihan ini mungkin kurang sesuai bagi wanita yang menjalani rawatan kesuburan, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai masalah penghasilan telur (anovulasi atau oligo-ovulasi). 
Ubat kesuburan membantu membanyakkan bilangan telur matang dalam sesuatu kitaran. Doktor lazimnya mengambil langkah berhati-hati dalam menentukan dos permulaan ubat kesuburan terbabit serta memantau kesannya secara ujian ultrabunyi pelvis.
OHSS boleh berlaku di kalangan mana-mana wanita yang mengambil ubat kesuburan dan menjadi lebih teruk oleh suntikan pencetus ovulasi (mengandungi hormon hCG) ataupun apabila wanita terbabit hamil (uri mula mengeluarkan hCG). Tetapi yang lebih penting adalah untuk wanita terbabit melakukan pemantauan sendiri di rumah dan memberitahu doktor mengenai perubahan yang dialami. Ini kerana diagnosis OHSS secara dasarnya dibuat berpandukan kepada simptom yang dialami, kemudian barulah dibantu dengan ujian tertentu. Lebih lambat anda mengadu masalah ini, lebih sukar untuk mengesannya pada peringkat awal.
Untuk memahami mengapa simptom ini berlaku, anda perlu memahami bagaimana OHSS boleh berlaku. OHSS berlaku apabila ovari yang terlebih dirangsang ini mula mengeluarkan bahan yang menyebabkan perubahan kepada salur darah. Salur darah menjadi lebih poros sehingga cecair di dalamnya bocor keluar. Ini menyebabkan cecair memasuki ruang lain dan bertakung sehingga boleh memenuhinya. Darah yang tinggal di dalam salur darah pula menjadi lebih pekat dan memudahkan pembentukan ketulan darah (trombosis) yang boleh menyumbatnya dan menyebabkan kesan negatif.
Simptom yang dialami terhasil daripada kesan cecair yang bocor keluar dan kesan kekurangan cecair yang tinggal di dalam salur darah. Simptom yang dimaksudkan pula adalah:

  • Perut menjadi semakin kembung sehingga boleh menyebabkan ia sangat tegang, sakit, loya atau muntah dan menyukarkan pernafasan.
  • Kurang membuang air kecil dan air kencing menjadi lebih pekat, tidak bermaya (tanda dehidrasi).
  • Pertambahan berat badan (terutama apabila melebihi lima kilogram).
    - Sakit, kemerahan, panas pada kawasan betis (kemungkinan ketulan darah terbentuk), ia lebih banyak berlaku untuk OHSS peringkat teruk. 

Apabila OHSS dikesan, doktor akan melakukan pemantauan lebih kerap dan rapi untuk menghentikannya daripada berlanjutan kepada tahap OHSS yang lebih serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.Wanita ini dinasihatkan meminum air mencukupi (tetapi bukan berlebihan), mengambil ukuran berat badan dan ukur lilit pinggang setiap hari dan mengambil minuman atau makanan berprotein tinggi. Perubahan awal yang dialami perlu dipantau dan dimaklumkan kepada doktor terutama apabila ia menjadi lebih teruk.


Petikan dari:
myMetro | OHSS boleh bawa maut

Ikan Siakap Stim

Ni 1st time try masak ikan stim..nak kata sedap xdela tp okla..kenala dgn tekak..ni pun amik resepi org..saje nk try wat..al-maklumlah baru kawen,bukan pndi wat..slalu kalo nak masak kena buka internet or tanye my mom..jom tgk apa bhn yang diperlukan..


Bahan-bahan:
Ikan siakap (nak guna ikan lain pun boleh)
2 btg serai(diketuk)
1/2 inci halia(diracik halus)
1/2 inci lengkuas(diracik halus)
3 ulas bawang putih (diketuk/racik)
5-7 biji cili api (ikut suka)
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar jus limau(limau nipis+limau kasturi)-kalau nak masam tmbh byk skt..
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
bunga kobis
brokolli
1 sudu besar tepung jagung(dibancuh dgn air)
garam
gula
daun sup/daun bawang(optional)


Cara-cara:
  1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan serai,bawang putih,halia,cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan siakap. Gunakan api perlahan.
  2. Masukkan bawang besar, sos tiram, cili merah, bunga kobis, brokolli, daun sup/daun bawang. Kacau perlahan.
  3. Masukkan jus limau, garam,gula, tepung jagung,tomato. Biarkan mendidih sebentar @ sehingga ikan masak.
  4. Dah siap ikan siakap stim yang simple..Tryla..nnt I letak gmbr..buat hari tu lupa nak capture gmbr..hehe


 

E-Day

My engagement ceremony was held on 27 November 2009 at my home..It's quite nervous but happy..1 step forward.. 1 more step left.. Hope Allah will bless our relationship..

Botol Susu (PC) VS Botol Susu PES,PP

Mesti ramai ibu-ibu yang da tau botol susu jenis PC berbahaya kepada baby anda kan..Kenapa plak kan? Sebab wujudnya bahan toksik BPA (bishenol A). KKM pun da umumkan akan haramkan penggunaan botol susu jenis ni. Bile? nape xstart trus? tu terpulangla pada korang nk fikir..bagi saya, inisiatif kita sama ada nak tukar trus atau x. Kalau sayangkan kesihatan baby kita, msti kita akan bertindak kan..xpayah tunggu samapi da haramkan baru nak berhenti bli..btul x?

Sekarang kat pasaran pun byk da pilihan botol BPA free. Pilih je. Nak yang mahal ke nak yang murah skit. Terpulang pada budget masing-masing. Yang saya tau terdapat dua jenis botol susu BPA free iaitu PES (polyethersulfone) dan PP(polypropylene). Apa bezanya? Apa yang saya baca fungsi dan keselamatannya masih sama cuma yang bezanya adalah dari segi kos dan jangka hayat botol tu. Kalau PES jangka hayatnya adalah 8-12 bulan manakala PP adalah 6-7 bulan..So,mommies kat luar tu bolehla tukar mengikut jenis botol susu yang kita guna..Jangan pulak da nak masuk 2 tau baru tukar..Alahai sian baby..Jangan lupa puting susu pun perlu kerap ditukar..Bila? Setiap 4-6 minggu(seperti yang disarankan..) untuk tujuan kebersihan. Botol susu sekarang pun da ade yang anti-colic..Apa tu anti-colic? Untuk mengelakkan baby kembung..
OK, tu je nak share pasal botol susu ni..

CENCARU SUMBAT GORENG


Time anak dara dlu xpernah nak blajar wat cencaru sumbat.. Da kawen baru nak blaja sbb nak wat tuk hubby..rupanya senang je..hehehe..

Bahan-bahan:
  • 1 kg ikan cencaru
  • 1/2 biji kelapa parut (putihnya saja..)
  • 3-4 biji bawang merah (ditumbuk/blend)
  • 2-3 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
  • 1/2 inci kunyit (ditumbuk/blend)
  • 2 batang serai (ditumbuk/blend)
  • 2 sb cili boh
  • sedikit air asam jawa
  • garam, gula 
Cara-cara:
  1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan bahan yg ditumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
  2. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa (jika suka). Biar sampai kering...
  3. Bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.  
  4. Sumbatkan kelapa yg telah siap ke dalam belakang ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak. Da siap..(kdg2 kelapa yang dimasukkan dlm blakang ikan akan kluar. boleh ikat dgn benang b4 goreng..)
SELAMAT MENCUBA 

14 weeks..

Baby da besar..dia main pusing2 plak..nampak kepala,nampak sket je tangan n kaki die..

9 weeks..

Baby da ada kaki n tangan..da ada heartbeat..da bole gerak-gerak..sangat cumel..
thanx hubby ..

1686 hari..


Hari ini genap 1686 hari.Pejam celik pejam celik tak sangka dah lama rupanya. Dah lebih 4 tahun bersama dengannya. Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan ditempuhi sehingga kadangkala mencabar akal fikiran dan jiwa ini, namun segala dapat jua ditempuhi. Bersyukur ke hadrat Illahi yang tidak terhingga kerana memiliki dia sebagai suami dan teman di kala senang mahupun susah. Dia yang tidak banyak karenah selalu sabar melayan aku yang terlalu pelik karenahnya sehingga kadangkala boleh mencabar kesabarannya. Dia tak pernah jemu menitipkan kata-kata sayang untukku. Memelukku seperti tak mahu melepaskan walau seketika. Erat dakapannya. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sayang kepada insan yang bergelar suamiku. Betapa kasihnya aku sehingga tak terucap dengan kata-kata.
Alhamdulillah, berkat cinta dan kasih sayang kami, aku kini hamil 17 minggu. Itulah tanda cintaku kepada suami tercinta. Ingin melahirkan zuriat untuknya. Sejak disahkan hamil, pelbagai ragam aku dilayannya dengan sabar. Apabila aku sakit, dialah yang membawaku ke klinik. Mengusap dan mengurutku. Apabila teringinkan sesuatu, dia akan cuba melaksanakannya. Walaupun sibuk di siang harinya, di malam hari pasti ditunaikan juga. Kadangkala aku teringin sesuatu di saat kedai dah nak tutup. Dia sanggup keluar bersamaku untuk mencari walaupun boleh tunggu keesokkan harinya. Kalau aku teringin nak tengok wayang, dia akan bawa juga walau penat bekerja. Begitula suamiku yang tercinta. Sungguh aku terharu dengan sikapnya. Tegarkah aku melukakan hatinya? Maafkan aku jika aku terlalu banyak ragam dalam melayari bahtera perkahwinan kita. Kadangkala aku melampaui batasku sebagai seorang suri hidupmu sayang. Walau berjuta kali aku menangis, apabila melihat kau menitiskan walau setitik air mata, ia mampu meluruhkan tangkai jiwaku kerana aku terlalu sayang dan cinta padamu. NOR ADZUAN MOHAMAD, aku, isterimu NURUL FARIZA ABD AZIS terlalu cinta akan dirimu. Semoga cinta kita hanya kerana Allah. Semoga Allah memberkati segala urusan dalam kita melayari bahtera rumahtangga kita. Dan, untuk anak yang bakal lahir, semoga dia menjadi anak yang soleh/solehah. Insya Allah..

12 April 2011
Selasa
Jam 1710
Pangsapuri Sri Melor, Ukay Perdana

5 weeks..


Kasut Tumit Tinggi dan Kesihatan

Wow, cantiknya bila pakai high heels..nak lagi kalo yang branded..tayang kat orang betapa bestnya ada brand tu..tapi ada gak some people yang pakai sebab nak dapat kepuasan diri..up to you la..Memang sedap mata memandang bila pakai heels..cantik je kaki tu..Tapi dalam tak sedar, si pemakai high heels berdepan dengan masalah kesihatan yang serius jika masih berterusan memakai kasut tumit tinggi..Kadang-kadang tu xpela..May be nak bergaya tapi kalo da slalu sampai everytime pun nak pakai memang ada masalah besar..Masalah biasa yang terjadi ialah sakit belakang..Tu yang tak nak tu..Dalam diam, si pemakai kasut tumit tinggi berkemungkinan menghadapi masalah kesuburan..Senang cerita, sukar untuk hamil..Apabila pakai heels, tekanan pada lutut akan meningkat..Ini akan menyumbang kepada penyakit osteoprosis dan penyakit sendi..Umur blum masuk 40, da sakit-sakit sendi..Sini sakit, Sana sakit..Nak naik tangga pun da xlarat..Nak ke? Mesti tak nak kan..Lebih parah lagi boleh memberi kesan kepada organ dalaman..Dan lagi rambut anda akan mudah gugur..Cuba check..ada tak yang terjadi pada anda?Kalo ada, kurangkanlah pemakaian kasut tumit tinggi..Pakailah kasut yang mempunyai tumit kurang daripada 3cm..Ini akan mengurangkan risiko anda mendapat masalah-masalah tadi..

Cloth Diaper VS Disposable Diaper

In the calculation ,we assume that you are using a middle range disposable diaper which is about RM0.60 per piece. (The calculated figure subjected to different ways of usage for each individual)


If you use disposable diaper for full time, your baby will probably utilised 6 diapers/day:
Day time usage,  6:00AM - 8:00PM = 14 Hours.
Changing of diaper for every 3 hours: 14 Hours/ 3 = 4.6 (round up to 5 diapers.)
Night time usage, 8:00PM - 6:00AM = 10 Hours
Assume your baby only use 1 diaper in night time.
Total: 5 Diapers + 1 Diaper = 6 Diapers per day.
You spend:   6 Diapers x RM0.60 = RM3.60/day
In 3 years time you spend: 3 years x 365 days x RM3.60=RM3942.00


If you go for cloth diaper solution, and assuming you purchase 10 cloth diaper in 1st year, and each one is about RM44.00, you will spend RM440.00 on you baby diapering.
In the second year, you purchase 5 more new cloth diapers for RM220.00.
In the third year, you again purchase 5 more new cloth diapers for RM220.00.
Totally in 3 years time, you spend RM440.00 + RM220.00 +RM220.00 = RM880.00


Comparing to Disposable Diaper, your will save  RM3942.00  - RM880.00 = RM3062.00


If you take good care of the cloth diapers, you will have 20 cloth diapers for your next baby, and this will get the money saving in double. What about another more baby ...


What can you do with the RM3062.00?
Assume you do investment in Amanah Saham or Unit Trust, and average you manage to get a long term investment return rate of 8%, when you children's 20th birthday, you prepared RM14,000.00 as his/her birthday gift.
Should this money go to the disposable diaper company or your children ?
You are the one who make the decision :)


Reference : www.clothdiapermommy.com

Gaya memikat kekasih

Setiap orang berhak memilih bagaimana gayabercinta yang dikehendakinya. Bentuk dan gayanya akan menentukan matlamat sebenar percintaan mereka. Sebelum itu kita kenali dulu jenis-jenis cinta yang ada. Terdapat beberapa jenis cinta yang terdapat dalam  dunia ini. Antaranya ialah :
  • Cinta romantik - Cinta pandang pertama yang mengutamakan aspek fizikal. Cinta ini menggabungkan emosi, keasyikan dan seksual yang kuat.
  • Cinta suka-suka - Cinta yang hadir dari individu yang tidak mahukan sebarang komitmen. Biasanya individu ini suka menggoda tetapi apabila sudah dapat, sikap mereka kurang mesra dan tiada perancangan masa hadapan.
  • Cinta sahabat - Cinta jenis ini melibatkan perkongsian aktiviti. Individu dalam kategori ini biasanya tidak cemburu.
  • Cinta gila - Terlalu obses dengan cinta sehingga cemburu buta dan terlalu mengongkong pasangan.
  • Cinta logika - Cinta ini cirinya praktikal dan realistik. Mereka akan benar-benar intim jika dirasakan pasangan itu sesuai dan memenuhi kriteria yang diinginkan seperti kewangan yang benar-benar kukuh.
  • Cinta terkorban - Cinta ini agak menyakitkan kerana sanggup berkorban walaupun hati disakiti atau tiada balasan dari orang yang dicintai. Hati mereka mulia kerana dapat menerima apa saja rintangan.

Melly "Gantung"

hantaran





 Hantaran dari pihak perempuan..nice..thnx to k.linda & ila..

When 2 become 1..wink^_^

Akad Nikah..Tepat jam 10.00pm, aku sah bergelar seorang isteri..
Majlis Resepsi 27 November 2010 di Mentakab, Pahang

Majlis Menyambut Menantu 04 Disember 2010 di Sungkai, Perak

Penjagaan diri ketika hamil

Ibu yang hamil buat kali pertama kadangkala mengabaikan beberapa perkara penting terutamanya wanita yang berkerjaya. Penjagaan diri amat penting untuk memastikan ibu dan baby sihat sepanjang proses mengandung. Antara aspek yang perlu diambil berat ialah :
  1. Rehat yang cukup - semakin hari, ibu hamil akan merasa cepat letih. Ini kerana kandungan semakin  membesar. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur sekurang-kurangnya 8 jam. Jika ibu hamil kurang rehat, pelbagai masalah kesihatan akan timbul. Tidur sekejap pada waktu siang hari juga membantu ibu menghilangkan sedikit keletihan.
  2. Penjagaan pakaian - perlu dielakkan pakaian yang ketat. pilihlah pakaian yang longgar dan selesa. Kini, di pasaran terdapat banyak pilihan pakaian yang menarik untuk ibu-ibu yang mengandung.
  3. Pemakaian pakaian dalam - apabila kandungan semakin membesar, buah dada juga akan semakin membesar. Pilihlah coli yang sesuai dan jangan terlalu ketat. Saiz coliu yang sesuai akan mengampu buah dada anda dan membuatkan anda merasa selesa.
  4. Pemakaian kasut - pilihlah kasut yang bertumit rendah agar bol;eh mengimbangi badan. Jangan pakai kasut tumit tinggi kerana ini hanya akan menyebabkan sakit belakang dan boleh membahayakan anda.
  5. Mandian - Ibu hamil perlu menjaga kebersihan diri terutamanya di kawasan sulit kerana jangkitan kuman mudah berlaku. Jika kerap kencing, tukar dengan lebih kerap seluar dalam anda dan gunakan pantyliner tanpa pewangi.
  6. Senaman - Bersenamlah secara bersederhana. Dapatkan nasihat doktor. Bersenam dapat membantu peredaran darah. Jangan bersenam sehingga terlalu letih. Cukuplah dengan hanya mengeluarkan peluh sahaja.
Semoga ibu dan bayi sihat sejahtera..