1686 hari..


Hari ini genap 1686 hari.Pejam celik pejam celik tak sangka dah lama rupanya. Dah lebih 4 tahun bersama dengannya. Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan ditempuhi sehingga kadangkala mencabar akal fikiran dan jiwa ini, namun segala dapat jua ditempuhi. Bersyukur ke hadrat Illahi yang tidak terhingga kerana memiliki dia sebagai suami dan teman di kala senang mahupun susah. Dia yang tidak banyak karenah selalu sabar melayan aku yang terlalu pelik karenahnya sehingga kadangkala boleh mencabar kesabarannya. Dia tak pernah jemu menitipkan kata-kata sayang untukku. Memelukku seperti tak mahu melepaskan walau seketika. Erat dakapannya. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sayang kepada insan yang bergelar suamiku. Betapa kasihnya aku sehingga tak terucap dengan kata-kata.
Alhamdulillah, berkat cinta dan kasih sayang kami, aku kini hamil 17 minggu. Itulah tanda cintaku kepada suami tercinta. Ingin melahirkan zuriat untuknya. Sejak disahkan hamil, pelbagai ragam aku dilayannya dengan sabar. Apabila aku sakit, dialah yang membawaku ke klinik. Mengusap dan mengurutku. Apabila teringinkan sesuatu, dia akan cuba melaksanakannya. Walaupun sibuk di siang harinya, di malam hari pasti ditunaikan juga. Kadangkala aku teringin sesuatu di saat kedai dah nak tutup. Dia sanggup keluar bersamaku untuk mencari walaupun boleh tunggu keesokkan harinya. Kalau aku teringin nak tengok wayang, dia akan bawa juga walau penat bekerja. Begitula suamiku yang tercinta. Sungguh aku terharu dengan sikapnya. Tegarkah aku melukakan hatinya? Maafkan aku jika aku terlalu banyak ragam dalam melayari bahtera perkahwinan kita. Kadangkala aku melampaui batasku sebagai seorang suri hidupmu sayang. Walau berjuta kali aku menangis, apabila melihat kau menitiskan walau setitik air mata, ia mampu meluruhkan tangkai jiwaku kerana aku terlalu sayang dan cinta padamu. NOR ADZUAN MOHAMAD, aku, isterimu NURUL FARIZA ABD AZIS terlalu cinta akan dirimu. Semoga cinta kita hanya kerana Allah. Semoga Allah memberkati segala urusan dalam kita melayari bahtera rumahtangga kita. Dan, untuk anak yang bakal lahir, semoga dia menjadi anak yang soleh/solehah. Insya Allah..

12 April 2011
Selasa
Jam 1710
Pangsapuri Sri Melor, Ukay Perdana

2 comments:

  1. I can feel ur love 4 ur hubby by reading this...hope both of u will be blessed n loved until d rest of ur life....

    ReplyDelete