Sejak berkahwin, suami yang menanggung aku..Aku tak bekerja jadi tak banyak yang dapat aku berikan cuma layanan sebagai seorang isteri je..Menjaga makan, minum dan pakainya je..Alhamdulillah, dia seorang suami yang bertolak-ansur dan bertimbang rasa..Setiap keperluanku disediakan..Kadangkala ada ketika melebihi keperluannya..Semakin hampir bergelar seorang bapa,semakin kulihat dia seorang yang bertanggungjawab..Disediakan segalanya untuk aku dan baby yang bakal lahir 20 September ni..Teringin juga menghadiahkan barang untuknya tapi aku blum mampu lagi..Apa yang aku mampu hadiahkan adalah anak yang bakal lahir..Jika dimakbulkan Allah ingin aku menghadiahkan zuariat ini pada tanggal 11 September sempena ulangtahun kelahirannya..Moga Allah memakbulkan permintaanku..Amin..
Papa & Mama sentiasa menantikan kelahiranmu sayang..Kaulah yang menjadi pengikat cinta kami..(Da nak dekat pun nama blum finalize lg..hehehe)

No comments:
Post a Comment