Trimester ke-3

Dari pembacaan saya, pada trimester terakhir iaitu trimester ke-3 (7 hingga 9 bln) ibu mengandung akan mengalami pelbagai situasi yang berbeza-beza bagi setiap individu. Secara fizikalnya, kita akan bertambah berat badan. Perut pun semakin membesar dan bayi di dalam rahim kita pun semakin membesar. Alhamdulillah, semoga sihat ibu dan bayi.
Dengan pertambahan berat badan, terdapat ibu- ibu yang mengalami bengkak kaki. Kurangkan pengambilan garam dan hindari dari duduk bersilang kaki serta jangan terlalu banyak berjalan. Pemakaian kasut yang sesuai juga membantu dan elakkan dari memakai kasut tumit tinggi yang akan memberi tekanan kepada tulang belakang.
Kejang kaki juga selalu berlaku pada ibu-ibu yang hamil. Jika kejang berlaku, duduk dengan melunjurkan kaki dan gerakkan jari-jari kaki menghala ke arah kita. Insya- allah kejang akan berkurangan. Kejang biasanya berlaku apabila peredaran darah tidak sempurna. Bersenam secara teratur boleh memperbaiki sistem peredaran darah. Hindari dari berdiri/ duduk terlalu lama. Elakkan memakai pakaian yang ketat. Seeloknya pakailah pakaian yang agak longgar kerana ini membantu ibu-ibu merasa selesa.
Kadangkala sesak nafas akan berlaku pada trimester terakhir. Ini kerana bayi semakin membesar di dalam kandungan. Duduklah dengan postur yang betul. Dengan cara meletakkan kedua-dua tangan diatas kepala juga membantu melegakan sesak nafas.
       Sembelit boleh berlaku jika kurang pengambilan air. Seelok-eloknya minumlah 8 gelas sehari. Amalkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Hindari pengambilan makanan berminyak.
       Pada trimester ini, ibu-ibu akan mengalami kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi palsu. Ia kontraksi ringan tetapi akan berkurangan jika berehat. Apabila kontraksi menjadi semakin kerap dan lebih kuat, segeralah berjumpa doktor kerana mungkin anda akan melahirkan bayi anda..:)

No comments:

Post a Comment